Selepas Kejadian Rampasan_Air_France_1976

Kerajaan Uganda kemudian memohon persidangan Majlis Keselamatan PBB bagi mendapatkan kutukan rasmi ke atas serangan Israel, atas alasan mencabul kedaulatan Uganda. Majlis Keselamatan menolak bagi meluluskan sebarang resolusi berkenaan perkara ini. Dalam kenyataan kepada Majlis Keselamatan, duta Israel Chaim Herzog berkata:

Kami datang dengan pesanan yang jelas kepada Majlis: kami bangga atas apa yang telah kami lakukan kerana kami telah menunjukkan kepada dunia bahawa sebuah negara yang kecil, dalam keadaan-keadaan di Israel, dengan yang mana ahli-ahli Majlis ini sekarang sudah biasa, maruah seorang lelaki, nyawa manusia dan kebebasan manusia merupakan nilai tertinggi. Kami bangga bukan sahaja kerana kami menyelamatkan lebih dari seratus orang yang tidak berdosa — lelaki, wanita dan kanak-kanak — tetapi kerana kepentingan tindakan kami untuk kebebasan manusia. [6]

Oleh kerana enggan berlepas walaupun telah diarahkan oleh para perampas, Kapten Bacos telah ditegur secara rasmi oleh para pegawai atasanya di Air France dan digantung dari tugas untuk satu tempoh. Kepopularan Perdana Menteri Yitzhak Rabin meloncak di Israel kerana meluluskan misi penyelamatan yang berjaya.

Berkaitan